RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR’IYYAH
Kenapa Memilih RawatanRuqyah.Com
01.

Berlandaskan Al-Quran Dan Sunnah
Pendekatan Ruqyah yang mengutamakan bacaan Al-Quran, doa dan amalan yang mempunyai asas dalam syariat Islam.
02.

Pendekatan Berhemah
Rawatan dijalankan dengan bersistematik, menjaga adab, maruah, privasi dan keadaan emosi klien.
03.

Penilaian Secara Holistik
Keadaan seseorang tidak dilihat hanya daripada satu sudut. Faktor fizikal, emosi, mental dan spiritual akan diambil kira mengikut keadaan.
04.

Tidak Terburu-Buru Melabel
Kami tidak semudahnya menganggap setiap masalah sebagai gangguan jin atau gangguan shir tanpa penilaian yang sewajarnya.
05.

Mengutamakan Privasi Klien
Maklumat dan perkara peribadi yang dikongsikan sepanjang sesi dikendalikan dengan penuh kerahsiaan dan berintegriti.
06.

Ikhtiar Yang Seimbang
Rawatan Ruqyah tidak seharusnya dianggap sebagai pengganti rawatan perubatan moden atau bantuan profesional lain apabila ia diperlukan.



PERKHIDMATAN RAWATAN ISLAM RUQYAH SYAR’IYYAH
Sedang Mencari Rawatan Ruqyah Untuk Diri Sendiri Atau Keluarga?
RawatanRuqyah.Com menyediakan perkhidmatan Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai salah satu bentuk ikhtiar berasaskan Al-Quran, doa dan amalan yang dibenarkan syarak. Pendekatan rawatan dilakukan secara berhemah dan berstruktur dengan mengambil kira keadaan individu, aspek emosi, mental, fizikal dan spiritual.
“ Setiap kes dinilai dengan teliti dan berhati-hati tanpa membuat sebarang kesimpulan secara terburu-buru.”

Rawatan Ruqyah Ke Rumah (Home Visit On Site Ruqyah)
Sesi Rawatan Ruqyah untuk individu dan keluarga di rumah kediaman klien mengikut lokasi, jadual dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan serta dipersetujui bersama.

Rawatan Ruqyah Online
Sesi Rawatan Ruqyah untuk individu dan keluarga yang ingin mendapatkan bimbingan dan ikhtiar secara Online tanpa perlu keluar rumah dan tanpa perlu pergi ke Pusat Rawatan Islam.

Rawatan Ruqyah Ke Hospital & Pusat Perubatan
Ikhtiar untuk pesakit yang berada di hospital dan Pusat Perubatan dengan bacaan Al-Quran dan doa sebagai pelengkap rawatan perubatan moden yang sedang diterima.

Rawatan Ruqyah Rumah & Premis Perniagaan
Ikhtiar Rawatan Ruqyah untuk rumah dan premis perniagaan tertentu yang mungkin mengalami gangguan dengan menggunakan pendekatan Islamik yang berlandaskan prinsip syariah.

PERKARA UTAMA YANG SANGAT DIJAGA
Rawatan Ruqyah Yang Menjaga Akidah, Maruah Dan Keselamatan
RawatanRuqyah.Com menekankan pendekatan Rawatan Islam yang menjaga:-
AKIDAH
Pergantungan dan doa hanya ditujukan kepada Allah SWT.
SYARIAH
Menjauhi amalan yang bercanggah dengan prinsip Islam.
MARUAH
Klien dilayan dengan adab, hormat dan tidak diaibkan.
PRIVASI
Perkara peribadi yang dikongsikan sepanjang sesi dikendalikan secara berhemah.
KESELAMATAN
Keadaan yang memerlukan perhatian perubatan atau profesional lain tidak seharusnya diabaikan.

Ustaz Mohd Amin Hj Jumberi
Pengamal Pengubatan Islam Berdaftar Dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
TESTIMONIAL
Maklum Balas Klien
Alhamdulillah. Saya sangat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan RawatanRuqyah.Com. Layanan sangat profesional, penerangan sungguh jelas dan rawatan diberikan dengan penuh hikmah dan beretika.

Puan Mariam
Putrajaya
Saya berasa lebih tenang selepas mendapatkan rawatan dari RawatanRuqyah.Com. Perawat sangat sabar, mesra dan profesional sepanjang sesi rawatan. Terima kasih di atas khidmat terbaik yang diberikan.

Encik Wahid
Bangsar South
Sebagai waris pesakit, saya amat menghargai layanan RawatanRuqyah.com yang sangat baik. Perawat memberikan penerangan yang sangat jelas, menggunakan pendekatan rawatan holistik serta melayan pesakit dengan penuh perhatian dan rasa hormat.

Puan Sarina
Southville City
Pengalaman mendapatkan Rawatan Ruqyah dari platform RawatanRuqyah.Com sangat memuaskan. Perawat berhemah, mudah berkomunikasi dan sentiasa memberikan panduan yang jelas kepada kami sekeluarga sepanjang sesi rawatan dilakukan.

Encik Majid
Seri Kembangan
ARTIKEL MENARIK
Baca Posting Blog
-

Apa Itu Ruqyah Syar’iyyah?
Apa Itu Ruqyah Syar’iyyah? Ruqyah Syar’iyyah ialah ikhtiar Rawatan Islam dengan menggunakan bacaan Al-Quran, doa…
-

Soalan Lazim Tentang Rawatan Ruqyah
Soalan Lazim Tentang Rawatan Ruqyah Adakah RawatanRuqyah.Com menyediakan ruqyah patuh syariah? Ya. Pendekatan yang digunakan…
-

Anda Mungkin Sedang Mencari Jawapan Di Atas Apa Yang Sedang Berlaku?
Anda Mungkin Sedang Mencari Jawapan Di Atas Apa Yang Sedang Berlaku? Setiap individu mempunyai pengalaman…
