Apa Itu Ruqyah Syar’iyyah

Ruqyah Syar’iyyah ialah ikhtiar rawatan menggunakan bacaan Al-Quran, doa dan zikir yang dibenarkan dalam Islam, dengan keyakinan bahawa segala kesembuhan datang daripada Allah SWT.

Ruqyah yang berlandaskan syariah hendaklah menjaga prinsip akidah dan menjauhi perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

RUQYAH YANG BETUL TIDAK BERASASKAN:

❌ Tangkal atau azimat
❌ Pemujaan
❌ Pemanggilan makhluk ghaib
❌ Amalan yang bercanggah dengan syariah
❌ Unsur khurafat dan syirik
❌ Menakut-nakutkan seseorang
❌ Janji kesembuhan mutlak

Sebaliknya, ruqyah menekankan doa, Al-Quran, zikir, pergantungan kepada Allah dan usaha yang dilakukan dengan cara yang dibenarkan syarak.